Monday, February 22, 2010

KDN perlu mengambil tindakan tegas terhadap Parpu Kari


Kementerian Dalam Negeri (KDN) dan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) perlu mengambil tindakkan tegas terhadap penulis laman blog Parpukari @ Salim Iskandar pemilik blog http://parpukari.blogspot.com/atau lebih dikenali sebagai House Of PK.

Pada hari Isnin - 22 Fab 2010, Penulis laman blog yang tidak bertanggungjawab tersebut telah mengeluarkan artikel bertajuk BUKTI KJ ADA LINK DENGAN CIFUT BABI!? , artikel tersebut berbentuk hasutan dan fitnah yang bertujuan mahu menjatuhkan nama baik Ketua Pergerakan Pemuda Umno Malaysia. Kononnya beliau mempunyai bukti menunjukan YB Khairy Jamaluddin mempunyai 'link' dengan Ketua Pembangkang DS Anwar Ibrahim.

Setelah membaca artikel yang dipaparkan dilaman blognya jelas ternyata penulis blog tersebut hanya menyebarkan fitnah dengan membuat andainya sendiri. Penulis laman blog tersebut gagal mengemukakan bukti yang kukuh untuk membuktikan YB Khairy Jamaluddin mempunyai hubungan "sulit" dengan DS Anwar Ibrahim.

Menyifatkan kes seperti blogger Parpu Kari yang menghina Ketua Pergerakan Pemuda Umno Malaysia, Yb Khairy Jamaluddin adalah satu perkara yang amat terkutuk dan tidak akan membawa kepada pengukuhan parti malahan hasil karya penulisan beliau langsung tidak mempunyai bahan bukti yang kukuh selain dari menyebarkan fitnah.

19 comments:

Parang Sasau said...

Aku amat setuju dengan apa yang dikatakan oleh Jebat! Desakkan oleh Parpu Kari didalam blognya seolah-olah mahu memecah belahkan anggota parti UMNO!

Pohon saya siarkan artikel sahabat kedalam blog saya.

baginda said...

mmg tak guna die nih... Nasib baik kat malaysia.. kalau kat luar mmg kene rejam ngan batu sbb fitnah sana sini..

Anonymous said...

laaaa.. besornya perut dia...

Arif Omar said...

HE HE HE! DIA TU OK. CUMA DIA TAK SUKA PADA KJ.
SAYA PUN TAK SUKA KJ. ENTAH ! TAK TAHU SEBAB APA. BIASALAH. TIAP ORANG ADA PENDAPAT YANG BERBEZA. tetapi tetap berpadu

Jebat said...

Terima Kasih diatas komen sdr Arif...

Pada pendapat saya, kita tidak boleh membenarkan perkara ini berlaku. Kita harus mula mengorat langkah bagi meminimakan manipulasi politik dan melebihkan usaha dan penyatuan dalam mengukuhkan parti untuk menuju kearah pilihanraya ke 13.

Anonymous said...

KAH KAH KAH .... selamba je blog anak omak menganjingkan artikel ko ni.

Nak suruh Hisyam take action ... KDN banyak lagi kerja nak buat la brader ... antaranya kena siasat hubungan KJ ngan Nuar ..... WAAA KA KA KA

Jebat said...

Ada jugak tangan ghaib Agen Anwar kat sini! takkan gelabah kot brader... guna nama anon serang blog gua!

Mylasia said...

memang diakui tulisan house pk memang agak keterlaluan tetapi kita mesti respek pandangan dan sokongan masing2...KJ sebagai ketua pemuda UMNo dan bertaraf bukan menteri sepatutnya lebih kedepan didalam membela orang2 melayu berbanding PM dan lain2....tapi habuk pun takdak?...gereja kena bakar, dia orang pertama sampai tapi surau kena bakar mana dia duduk?isu kalimah allah tak nampak pun pemuda umno bersungguh2...isu orang melayu(kes arau ngan masjid tanah) kena tembak ngan polis, pun diam seribu bahasa...isu kepala babi di masjid ada dengar tak tentangan hebat dari pemuda?

masa perhimpunan bukan main duk berhujah sana hujah sini tapi tindakan susulan ada tak mereka buat? dah dekat setaun setengah pemuda cawangan dan bahagian tak bergerak, mana pie suma aktiviti...ker modal dah habis time pemilihan itu hari...

Jebat said...

Pemuda BN Mengutuk dan Mengecam Sekeras - Kerasnya Tindakan Provokasi Kepala Babi

Video - Pemuda Prihatin dengan semangat 1 MALAYSIA

"Gerakerja Pemuda Prihatin" Untuk Rakyat

Pemuda BN Hantar Memorandum Bantah Campur Tangan Australia

UMNO PilihanKu : Pelancaran Kempen Penambahan Ahli Dan Daftar Pemilih

Khairy selar Azmin tuduh ahli UMNO bakar gereja
"Santai bersama KJ"
Pemuda UMNO tarik 25,019 ahli baru

Pemuda Wujud Makmal Kumpul Maklumat Golongan Muda

11 FEBUARI 2010 - AHLI PARLIMEN REMBAU MERAIKAN WARGA EMAS SEMPENA TAHUN BARU CINA

8 FEBUARI 2010 - KHAIRY MENYAMPAIKAN BANTUAN AM PERSEKOLAHAN UNTUK ANAK ASNAF FAKIR MISKIN

31 JANUARI 10 - PROGRAM UMNO JUARA RAKYAT (PENDDIDIKAN) DUN CHEMBONG BERJAYA MENARIK MINAT GENERASI MUDA

22 JANUARI 2010 - BERSAMA RAKYAT DI PARLIMEN REMBAU DAN KAKITANGAN KEMAS

Zam said...

Salam,

Mungkin apa yang blogger lain kata pasal Parpu itu betul tp jgn lupa apa yg Perpu kata itu juga mungkin betul. KJ tidak bekerja... mungkin bagi yang related dgn beliau berkata dia bekerja keras untuk UMNO tp saya di peringkat akar umbi Pemuda amat merasakan bahawa KJ murupakan liabiliti bg UMNO. Dgn kemenangan yang dikontroversikan dgn rasuah dll. Malah keengganan para belia Melayu untuk masuk UMNO bnyk dikaitkan dgn krdibiliti KJ sbg ketua. Cthnya DS Najib sudah setahun jd PM, hanya bru bru ini KJ buat lawatan. Dan kedengaran lobi utk menjadi menteri. Tak jadi menteri pon boleh meyatukan rakyat jika mahu malah lebih baik kerana jadi menteri anda perlu menjaga portfolio yg dipegang. Cuma Parpu perlu mengubah cara berblogging...maybe kurang maki.

amirhamzah64/ 64أمير حمزه said...

Salam,

Mungkin saudara peminat KJ. Biasanya lagi ramai peminat bertambahlah musuhnya. Walauapa pun semua orang boleh beri pendapat dan pandangan.

Berikut adalah 2 soalan Ali Mazat ,Exco Pemuda dan KP UMNO Kulai terhadap PM dari sumber dalaman Pemuda sendiri:

1. Minta KJ dilantik sebagai Menteri

2. Soalan kepada PM mengapa , Tun Dr Mahathir masih menyibuk hal ehwal UMNO?

Berikut adalah jawapan balas PM terhadap soalan-soalan Ali Mazat:

1. Adalah menjadi haknya untuk melantik atau tidak melantik seseorang sebagai menteri
2. Najib menanyakan kembali soalan, "mampukah kita berlawan dengan TDM?"

Ringkas dan padat jawapan Najib.

Dua soalan tersebut menimbulkan ketidakpuasan EXCO lain kerana "kemesraan" Najib pada peringkat awal telah dimatikan oleh Ali Mazat.

sumber-mykmujohor

Anonymous said...

Mengapa Khairy Tidak Boleh Jadi Menteri?Sudah Tentu Boleh.
Saya berpendapat KJ patut jadi Menteri.

Sekiranya mereka berkata Khairy terlibat dengan politik wang adalah tidak adil kerana Lembaga Disiplin mengambil tindakan berdasarkan aduan.Sepatutnya Lembaga Disiplin seharusnya menjalankan siasatan terhadap semua calon yang bertanding.Ramai yang tahu bahawa orang atasan Lembaga Disiplin adalah kenalan Tun M.Di atas kelebihan dan peluang ini digunakan oleh Tun M untuk memburukkan calon-calon yang dibencinya dan memberikan kelebihan kepada anaknya serta orang yang dia rasa adalah legasinya sedangkan parti keramat adalah satu dan tiada kem siapa-siapa.

Persoalan,mengapa Mukhriz patut diberi jawatan menteri sedangkan beliau kalah dalam pemilihan manakala KJ yang menang tidak perlu diberi tempat dalam kabinet Najib?Adakah disebabkan arahan Tun M?Adakah disebabkan dia tidak terlibat dengan politik wang?Adakah dia seorang ahli politik paling bersih?Saya CABAR Mukhriz bersumpah sekiranya beliau memang benar-benar bersih dan tidak terlibat dengan politik wang.Semua orang tahu apa yang berlaku semasa pemilihan Agung tempoh hari.Semua bukannya pekak dan buta.Ingat,rakyat sentiasa melihat.

Anonymous said...

Tun M pula sering melaung-laungkan kepada Najib bahawa Najib perlu melakukan perubahan dalam Barisan Nasional dengan tegas sekiranya mahu melihat BN menang kembali dengan jayanya.Pada masa yang sama Tun M sendiri tidak berubah untuk memberi peluang kepada Perdana Menteri menentukan hala tuju pentadbirannya yang tersendiri.Saya yakin Najib akan berasa tidak bebas dan sentiasa takut dalam setiap gerak geri.Perkara ini bukanlah perkara baru.Perkara ini telah pun menjadi sejarah kepada kita pada zaman Tun Abdullah dimana Tun M seolah-olah mahu Pak Lah sentiasa mengikut telunjuknya.Apabila tidak mengikut arahan ataupun kemahuannya mula lah melemparkan fitnah dan mengkritik pemimpin tertinggi tersebut.Ini sekaligus menyebabkan UMNO menjadi lemah.

Tun M juga menyatakan bahawa Najib perlu membentuk kabinet yang bersih daripada perasuah.Pernyataan tersebut seolah olah menggambarkan semasa pemerintahan Tun M kabinetnya adalah terbersih di dunia.Kita tahu dan Tun M mungkin lebih tahu siapa menteri yang dilantiknya adalah perasuah besar.Satu contoh nama besar Anwar Ibrahim.Tun tahu setiap tindakan Anwar tetapi akibat sayang Anwar pada ketika itu Tun M sanggup menutup sebalah mata.Hari ini Tun M membangkitkan soal BERSIH.Adakah Mukhriz bersih?Seperti yang saya katakan sebelum ini,saya cabar Mukhriz bersumpah menyatakan beliau bersih.Bagi Tun sudah pasti anaknya sahaja yang baik dan wangi belaka.Sama seperti dia menatang Anwar suatu ketika dahulu.Semuanya nampak molek dan tiada cacat celanya.

Tun M terlalu menyimpan perasaan dendam beliau terhadap Pak Lah sehinggalah sekarang meskipun peralihan kuasa yang beliau mahukan telah pun dijalankan.Masihkah kita ingat pada Perhimpunan Agung UMNO tempoh hari,Tun M seolah-olah enggan memeluk Pak Lah.Selepas beberapa hari apabila ditanya Tun M menjawab dia tidak mahu memeluk orang yang hipokrit dan dia tidak akan memaafkan Pak Lah sampai bila-bila.Lihat dan buatlah rumusan sendiri.Ini bukanlah cerita yang saya reka.Ini adalah perkara yang benar.

Tun M seharusnya berubah.Bukan menyuruh dan mengarah orang sahaja untuk berubah.Khairy perlu diberi jawatan Menteri seiring dengan kerusi Ketua Pemuda yang disandangnya.

Anonymous said...

Saya sememangnya mengharapkan yang terbaik demi parti UMNO.Tetapi apalah gunanya sekiranya parti yang kita perjuangkan bermati-matian dirosakkan dengan celaan dan cercaan daripada ahli dan bekas pemimpin dalam parti sendiri.Lebih baik terus pegang jawatan sehingga ke akhir hayat.Berilah kebebasan kepada Najib dalam membuat keputusan dan tindakan untuk memajukan negara dan menjaga kebajikan rakyat.

Akhir kata,sekiranya kabinet yang bakal diumumkan terdapat nama Mukhriz dan nama Khairy tidak ada maka rakyat akan tahu Najib dikuasai oleh Mahathir.Rakyat sekarang sudah matang dan mereka akan menterjemahkan melalui PRU 13.Lihatlah apa yang berlaku di Bukit Gantang dan Bukit Selambau.Adakah kita menang?Adakah Tun M tidak datang berkempen?Apakah Pak Lah masih Perdana Menteri?Fikirlah..!

UMNO dulu,kini dan selamanya!

Sumber : http://permaidanidunia.blogspot.com

Parang Sasau said...

Ramai dah benci parpukari si penipu ini

Semua orang tahu Parpukari sememangnya tidak sebulu dengan KJ bukan kerana dia benar benar tahu siapa KJ dan bukan dia kenal KJ secara peribadi dan dekat. Dia hanya cuma mencari kesalahan KJ Dari blog blog hasil fitnah pembangkang terhadap KJ dan juga yang mana dia terpaksa membenci KJ kerana KJ ada lah calon yang bertanding menentang toke nya , Mukhriz. Apabila Pemuda UMNO Malaysia menolak Mukhriz yang mereka begitu yakin untuk memenangi pemilihan Ketua Pemuda UMNO dahulu , hati Parpukari bertambah sakit dan bertambah lah kebencian beliau terhadap KJ. Bukan apa , Parpukari ini cari makan. Jika sekiranya Mukhriz menang . Bayangkan tentu sekali si Parpukari ini sudah pakai S Series. Inilah yang buat dia kecewa sangat dengan KJ. Bukan kerana dia tahu siapa KJ sebenarnya.

Kata si Parpukari , dia hanya insan akar umbi. Dia tidak kesah kenba kutuk. Tetapi makin hari makin ramai yang sudah membenci beliau dan jika blog yang menjadi aset beliau tidak ada kredibiliti , melaporkan berita tidak benar . Susah juga beliau mahu mencari makan. Maklumlah sebelum ini beliau hanya lah kerani cabuk biasa sahaja di sebuah institusi kewangan. Sebenarnya suara beliau bukan lah suara akar umbi, Suara beliau adalah suara individu yang mencuri dan mencilok berita berita dari laman lain untuk menjadi popular dan mencilok karya karya lakaran karkator orang lain . Kerja macam Parpukari ini mudah saja , Curi story orang , curi karikator orang dan yang bertanggung jawab adalah orang lain , Dia senang senang tuai hasil.

Kelakar , apabila si Parpukari ini cuba menghasut rakyat yang kononnya penyokong KJ semuanya menyokong Anwar Ibrahim dan benci PM. Ini perang saraf klass bawahan Parpukari yang tidak laku , perang saraf yang daj basi. Kalau lah penyokong KJ sokong Anwar sudah lama lah kami tulis dan sokong Anwar. Mungkin si Parpukari ini membaca pun tidak tahu. Yang paling best apabila banyak blog dan akhbar mengatakan Naib Ketua Pemuda UMNO mengatakan laman blog melaporkan berita yang salah termasuk lah blog pencilok Parpukari melaporkan berita salah, dia terus dengan tidak guna akal menuduh kami yang menafikan berita berkenaan dan menuduh mereka menipu. Kami melaporkan berdasarkan apa yang Datuk Razali laporkan dan kami lebih percaya Datuk Razali dari Parpukari.Katanya bloggers BN di Perak ramai yang telah mula membenci Parpukari ini.

Jebat said...

Salam Sdr Amirhamzah..

terima kasih diatas komen sdr. ketahuilah sdr isu disini bukanlah soal peminat atau pembenci.

apa yg hendak saya sampaikan disini ialah artikel yg dikeluarkan oleh parpu kari berbentuk hasutan dan fitnah yang bertujuan mahu menjatuhkan nama baik Ketua Pergerakan Pemuda Umno Malaysia.

Bagi saya Parpu Kari sudah melampau batas sehinggakan melanggar kod atike yg ditetapkan oleh PM.

Jebat said...

Kod Atika bg penulis blog

Penulis blog hendaklah:

• Jujur dan adil dalam mendapatkan, melaporkan dan menginterpretasikan maklumat

• Jangan sekali-sekali menciplak

• Mengenalpasti dan membuat pautan pada sumber apabila sesuai dan boleh dilaksanakan

• Jangan sekali-kali menyiarkan maklumat yang diketahui tidak tepat – dan jika menyiarkan maklumat yang boleh dipersoalkan, pastikan dijelaskan akan keraguan tentang maklumat tersebut

• Bezakan antara sokongan, komentar dan maklumat berdasarkan fakta

• Mengakui akan kesilapan dan membetulkannya dengan segera

• Perlihatkan cita rasa yang baik. Elakkan daripada memenuhi kehendak rasa ingin tahu yang mengerikan atau sensasi

• Jelaskan setiap misi blog dan alu-alukan dialog dengan khalayak ramai tentang kandungan dan cara pengendaliannya oleh penulis blog

• Mendedahkan pertentangan kepentingan, penggabungan, aktiviti dan agenda peribadi

• Mematuhi standard yang tinggi yang sama seperti mana yang mereka harapkan daripada pihak lain

Anonymous said...

Berkenaan Parpu tu, aku rasa dia bukan pejuang tulen. Ada agenda yg hanya dia saja yang tahu.

KJ pula, biarlah dia buktikan kepimpinan dia menerajui pemuda. Jika ada keikhlasan dalam perjuangan, calon yang kalah sepatutnya berganding bahu dgn beliau untuk memajukan pergerakan pemuda. Apa yang kita lihat, KJ terpaksa bekerja keras memenangi hati penyokong calon2 yang kalah, tetapi sejauh mana dendam tersebut mampu mengubah mereka supaya sayangkan parti lebih dari individu.

Bab bagi wang saguhati, semua kena jujur. Masing-masing tahu dan tak perlulah bangkitkan isu ini. Mana-mana kem pun ada beri dan buat malu kalau dibangkitkan.

Apa pun, semua kena bersatu dan kembali kepada matlamat asal perjuangan. Kikislah budaya hedo yang ada dalam parti jika benar2 sayangkan negara, bangsa dan agama.

Anonymous said...

assalamualaikum, bukan tak boleh nak komen, tapi janganlah sampai keluarkan kata2 kesat, keji dan kurang ajar, sebut pasal bangsa melayu, terkenal dgn berbudi bahasa dan bersopan santun, kalu cakap elok2 pun org boleh faham dan mengerti apa maksud yg nak disampaikan, kenapa perlu pakai perkataan yg mcm tu, aku memohon sepuluh jari merayu agar sesamalah kita bersatu hati dalam membantu bangsa kita sendiri, kalau dok menjatuhkan antara satu sama lain, bangsa lain pun akan berkata "inilah olang melayu", diorg tepuk tgn kat luar, tapi parpukari ni mmg patutlah dia mcm tu, sbb dia bukan bangsa melayu, mcm mana nak mengerti dan faham cara, adab dan tatsusila masyarakat melayu, sayang saudaraku sekalian, melayu semakin hancur dan bertelagah, saling membenci, tikam menikam, jatuh menjatuhkan, fitnah memfitnah, rosak merosakkan, hasad dengki sesama bangsa sendiri, sedih bila dikenangkan..adakah mmg ini yg telah diwariskan oleh datok nenek moyang kita dahulu, kita adalah bangsa yg bertamadun, bukan bangsa yg ketinggalan, bangsa melayu adalah bangsa yg paling baik, cuba selidiki sedalamnya apa yg aku kata..takkan melayu hilang di dunia..menulislah dengan penuh hikmah dan bijaksanan, komenlah dengan penuh keikhlasan dan kejujuran dengan niat untuk membantu serta perbetulkan apa yg dirasakan salah, saling prihatin dan membantu pemimpin kita agar tidak melatah, aku dah merantau dan berhijrah dibeberapa buah negara, jadi pengalaman diluar mengajar aku erti dan semangat cintakan NEGARA KITA MALAYSIA, syukur Alhamdulillah aku dilahirkan dibumi bertuah ini..teruskan wahai pejuang2 bangsaku, bersama kita perjuangkan dan membela bangsa, agama dan tanahair tercinta..wassalam