Tahniah akhirnya Konvensyen UMNO Perak akan juga dilaksanakan pada 09 Januari 2010. Ada pula jemput bloggers. Akak pun hadir juga, cuma akan akan hadir atas tiket Puteri Bahagian. Namun terkejut akan bila terbaca beberapa blog yang memainkan isu puak dalam membezakan kumpulan-kumpulan masing-masing sehingga mengakibatkan beberapa blog menamatkan karier mereka hanya kerana kecewa dengan sikap beberapa bloggers ini. Akak siasat di mana puncanya, akhirnya akak dapat membuat rumusan. Isunya lebih kepada Bloggers Mukriz dengan bloggers KJ. Nasib baik dalam Organisasi Puteri Malaysia tidak terjadi sebegini.
Parpukari yang akak kenali sebagai bloggers copy & paste. Juga ada segelintir blog yang menyatakan beliau adalah pencacai. Kalau baca dalam blognya seolah-olah parpukarilah orang yang paling layak untuk diangkat sebagai PEMIMPIN, kerana bagi parpu apa yang beliau kata adalah BENAR-BENAR belaka. Parpu menghentam YB Hj KJ sejak dari musim kempen percalunan Ketua Pemuda lagi hingga sekarang. Tiada angin, tiada ribut tapi setiap hari ada sahaja luahan rasa tidak puas hatinya menghentam KJ yang akhirnya dari akak tidak mangambil tahu siapa YB Hj. KJ akhirnya membuat akak minat kepada Ketua Pemuda Malaysia yang senantiasa cool dan tidak cepat melatah.
Berbalik kepada kesimpulan cerita tadi, rata-rata blog pro KJ (sepertimana yang parpu katakan) yang akak lawati melahirkan rasa tidak senang dengan pernulisan parpukari dan bila melihat blog-blog pro kepada Mukriz dapat dilihat ayat yang mereka tulis semuanya 80% senada. Seolah-olah serangan kepada YB Hj. KJ dan bloggers pro KJ ini adalah suatu perancangan yang rapi dan BERBAYAR. Akak sendiri ada mendengar dari seorang sahabat yang rapat dengan anak VIP ini menyatakan bahawa parpu di bayar RM****.00 sebulan semata-mata untuk memberi tekanan kepada YB Hj. KJ dalam mentadbir Pemuda UMNO Malaysia. HINA SUNGGUH KERJA MU itu parpu.
Kini di Perak pula bloggers telah berpecah, akak lihat bloggers otai sekupangdua telah mengundur diri di ikuti promelayu. Parpu lupa atau sudah lupa diri bahawa sekupangdualah yang membawa parpu popular di Perak? Jangan jadi seperti pisang yang lupakan kulit, kalau di buang merata orang terpijak akan terjatuh. Akak juga dengar parpukari punya jawatan penting dalam UMNO Perak, YAB Dato' Seri, izinkan saya bertanya. Berapa harga dibayar sebulan kepada pencacai parpukari atas jawatannya itu? Akak tahu parpu anak kelahiran Perak, kalau tak silap Batu Gajah. Tapi sebagai bloggers yang juga anak Perak, akak merasakan amat MEMALUKAN bila bloggers seperti pelucah ini adalah anak Perak. Yang pasti dari kalangan bloggers di Perak mulai terasa kehilangan otai sekupangdua. Buat sekuapangdua, kembalilah aktif dan kami tetap akan bersama saudara. Kami bersatu kerana sekupangdua dan kami berpecah kerana PARPUKARI.
Wasalam.
No comments:
Post a Comment