Thursday, February 25, 2010

Surat terbuka buat Datuk Seri Dr Zambry


Gambar ini saya petik dari salah sebuah blog lain yang membayangkan betapa mereka membayangkan Datuk Seri yang begitu sinonim dengan Parpukari malahan ada yang sanggup mengatakan bahawa SUA Datuk Sdr Nizam sudah dipegang telurnya oleh Parpukari. sila lihat

Assalamualaikum Datuk Seri Dr Zambry.

Semoga negeri Perak akan sejahtera dibawah pemerintahan Datuk seri setelah kita dikejutkan apabila Negeri Perak telah ditawan oleh Pihak pembangkang atas kesilapan yang pernah kita lakukan sebelum ini. Mujurlah kita mua sedar dan bekerja keras untuk memperbaiki kelemahan yang kita ada dan berjaya menawan kembali Perak dalam masa setahun apabila tiga dari Ahli Dewan Undangan mereka bertindak keluar dari parti.

Setelah kejayaan ini kita perlolihi rakyat merasakan amat bersyukur kerana Datuk Seri telah dilantik sebagai Menteri Besar dan mereka berharap agar ada sinar baru dalam kepimpinan Datuk Seri setelah menghukum kepimpinan yang lama. Dalam mengusahakan pembangunan bagi negeri Perak , datuk seri telah menghadapi banyak dugaan dari dalam dan luar UMNO yang memaksa Datuk Seri untuk bertindak secara yang bijak kerana dengan kedudukan sokongan hanya kelebihan tiga kerusi belum memastikan datuk seri akan terus memimpin negeri Perak pada pilihan raya yang akan datang.

Datuk Seri perlu menjaga banyak hati dan perlu bijak menyusun jentera jentera di semua sudut untuk memastikan rakyat di negeri Perak tidak akan menghukum kepimpinan Datuk Seri pula. Walau tidak pernah mengenali Datuk Seri , saya sebagai rakyat biasa sungguh kagum dan menghormati kepimpinan datuk seri sebelum ini , seawal enam bulan yang pertama. Namun setelah saya menjadi kecewa. Bukan sahaja saya ,malahan ramai rakyat biasa yang mengikuti laman web dan blog kini tidak lagi dapat mengikis Imej datuk Seri keluar dari Imej Parpukari yang mana terlalu ramai rakyat yang sudah mual dan bosan dengan keangkuhan , keigooan dan sikap kurang ajar dan biadab serta nukilan lucah yang dipamerkan dalam blog beliau.

Malahan baru baru ini sebagai ahli UMNO dan juga rakyat negeri Perak , kami tidak lagi seghairah dahulu untuk mendengar keputusan mahkamah yang akan mengumumkan siapakah Menteri Besar Perak. Kami amat sedih kerana kami tidak lagi merasa ghairah. Kami tidak mahu Nizar menjadi Menteri Besar , tetapi kami sudah tidak hairan jika Datuk Seri juga tidak dinobatkan sebagai Menteri Besar. Buruk sekali pasagan ini dan jika ini terus berlanjutan saya tidak merasa hairan jika Perak akan hilang kerusi lebihan malahan akan bertambah teruk kehilangan kerusi berkenaan. Ini semua kerana ramai yang telah mulai bosan dengan sikap Parpukari yang Datuk seri bela itu dan mereka kini sudah sinonim dan secara automatik apabila menyebut nama Datuk seri mereka akan terbayang Parpukari

Datuk seri , ini adalah sesuatu yang amat serius yang perlu Datuk Seri berikan perhatian sebelum nasi menjadi bubur. Ramai bloggers perak kini menentang Parpukari dan eloklah Datuk Seri membuat perjumpaan dengan mereka ini dan memujuk mereka kembali. Parpukari tidak lah sehebat mana . Datuk Seri perlu menjaga hati rakyat dan memenangi hati mereka dari hanya menjaga satu hati . Sekian terima kasih agar mendapat pertimbangan dari Datuk Seri.


Oleh : Politik Melayu
http://1-mal.blogspot.com/

5 comments:

Anonymous said...

Apsal x de org komen?... pasal kau org penjilat bontot Khairy!!!!

Jebat said...

haha pesal yg kau terasa hati pulak? ada org komen ke tak apa yg kau peduli! kot ye nak komen pun guna la id sendiri. Jdlah org yg bertanggungjawab sikit brader.....

Syazril Ashraf said...
This comment has been removed by the author.
PEJUANG CYBER said...

Hari ini medan menabur fitnah terlalu banyak. Dengan perkembangan teknologi, semakin mudah pula mengadakan berita palsu, fitnah dan segala celaan, dengan cepat tersebar ke seluruh ceruk rantau. Cukup dengan memasukkannya ke dalam Internet atau blog, semudah itulah manusia berbuat dosa dan semudah itu juga umat Islam boleh bersatu dan berpecah belah.

Sepatutnya Parpu Kari perlu bertanggungjawab atas apa yang ditulis dan disebar, bukannya menulis, bercakap dan menyebarkan berita mengikut sesedap hati tanpa di selidiki.

Harap surat terbuka ini dapat perhatian dr DS DR Zambry, saya pun dah copy n paste surat ni...

Jebat said...

Silakan Syazril...

terima kasih diatas sokongan sahabat sahabat...