Friday, February 26, 2010

Blogger Perak Slams Parpu Kari!



Melihat kepada isi surat terbuka tersebut, 10SBH dapat katakan, ia merupakan luahan hati mewakili bloggers di Perak.

10SBH juga bersetuju malah menyokong surat terbuka yang ditujukan kepada Dato' Seri Dr. Zambry. Tiada niat lain yang tersembunyi sebaliknya hadir dari perjuangan yang ikhlas dalam memastikan Perak tidak dipenuhi dengan anasir-anasir yang boleh merosakkan UMNO khususnya sesama Bangsa Melayu itu sendiri.

Kenapa isu ini yang 10SBH utarakan, kerana DS Dr Zambry perlu peka dengan apa yang berlaku dengan Bloggers di Perak ketika ini, lebih-lebih lagi setelah Parpukari mengepalai Bloggers Perak. Tidak dilihat keberkesanannya, malahan lebih memburukkan keadaan apabila kini telah ramai bloggers menyuarakan pendapat serta kebencian mereka terhadap PARPUKARI. Persoalannya, sampai bila Parpukari akan terus dibela, dan bagaimana pula dengan nasib Bloggers Perak yang tidak TERBELA. Apakah Ds Dr. Zambry sudah merasakan Parpukari sudah cukup kuat untuk menggerakkan jentera siber UMNO Perak.

Lebih menyedihkan apabila dikatakan Saudara Nizam Isa, Setiausaha Akhbar (SUA) kepada DS Dr Zambry sendiri dikatakan telah berada dibawah Parpukari. Secara jujur, 10SBH menghormati Saudara Nizam kerana beliau benar-benar komited dengan tugasnya dan ia telah dibuktikan dengan sungguh cemerlang. Namun demikian, andai benar seperti apa yang dikatakan oleh blogger 1 MALAYSIA, nampaknya sungguh besar peranan PARPUKARI sehingga mampu melangkaui peranan seorang SUA itu sendiri. Saranan 10SBH agar diteliti semula akan peranan Parpukari ini, kerana terbukti Parpukari gagal mengumpulkan bloggers di Perak.


Kini terpulang kepada kerajaan UBN Perak untuk TERUS MEMBELA atau MENENDANG PARPUKARI keluar dari Perak untuk survival Kerajaan Negeri Perak!

http://10sibudakhitam.blogspot.com/

3 comments:

YANG GAMBI said...

Salam bro, pandangan kawan, eloklah dibuat kesepakatan untuk menguatkan lagi blogger-blogger pro UBN Perak... buatlah yg terbaik, ParpuKari juga adalah blogger pro UBN dan tidak seharusnya dipinggirkan begitu sahaja, cari jalan penyelesaian yg terbaik demi memperkukuhkan perjuangan....

Apa yg penting, jangan bertelagah sesama blogger........

Jebat said...

Salam Gambi, t.kasih diatas komen Gambi....

Nampaknya UMNO masih tidak berubah dan masih tidak serik serik dengan perpecahan demioperpecahan berlaku dan mereka masih mahu cuba mencantas walaupun PRU 13 kini semakin hampir.

Parpukari semakin meracau,Ramai yang naik meluat dan menyampah dengan Parpukari.

Sungguh memalukan si Parpukari begitu ghairah mahu menjatuhkan Khairy Jamaludin sehingga terpaksa membuat laporan yang tidak berasas untuk kepentingan politik masing masing.

Biar kami sahaja yang terangkan kepada pembaca betapa Parpukari ini cuba memecah belahkan keharmonian Pemuda.

10 BUDAK HITAM said...

Terima kasih Sdr.Jebat dari 10SBH.

Yang Gambi,perkataan dipinggirkan tu hanya untuk orang yang ditindas.Tapi, ini monster bro. Seseorang yg bersifat penyamun,egois dan kronism ini dapat menanam sifat benci dikalangan ahli malah Pemimpin UMNO sendiri.Ia tidak layak diberi muka.

Masih ada harapankah beliau berubah?

ITULAH MATLAMAT KAMI.

KAMI TERJAH,KAMI BONGKAR DAN KAMI KERJAKAN.


TQ