Parpu Kari bagaikan kacang lupakan kulit, siapa dia kalau tak BPN yang naikkan dia! Parpu, kalau iya pun janganlah terlalu bongkak dan belagak sangat!
Beberapa laman blog mengutuk kenyataan Ahmad Maslan, Ketua Penerangan UMNO yang menyatakan bahawa banyak membaca blog akan jadi goblok.
Bacalah kemarahan para blogger disini:
http://gerakan-anti-pkr.blogspot.com/2010/02/ketua-penerangan-umno-malaysia-goblok.html
http://medan-info-kita.blogspot.com/2010/02/ahmad-maslan-yang-sebenarnya-paling.html
http://gerakan-anti-pkr.blogspot.com/2010/02/tahniah-umno-bahagian-subang-ahmad.html
Bermula dari 27 hingga 29hb Februari diadakan kursus yang berkaitan dengan media sosial oleh penerangan UMNO di Janda Baik. Kursus disertai UMB (Unit Media Baru) UMNO Bahagian-bahagian. Beberapa blogger dijemput dan sudah tentulah blogger ini memuji Ahmad Maslan dan ini kerana mereka dijemput. Andai mereka tidak dijemput mungkin mereka juga akan berkata bahawa Ahmad Maslan masih lagi goblok. Pandai sungguh orang politik membeli hati dan jiwa para blogger. Itu kena tanya Parpukari, Rocky Bru, Sam @ Marahku, Husin Lempoyang dan beberapa lagi.
Saya tidak hadir, tidak dijemput hadir jadi saya tetap bersetuju dengan pendapat dan kenyataan awal sahabat blogger iaitu Ketua Penerangan UMNO itu tetap Goblok. Bukan saja mengenai kecetekkan pengetahuannya tentang blog dan media sosial lainnya, tetapi juga sebagai Ketua Penerangan UMNO Malaysia.
Pernah lihat dan baca cetakkan yang bertajuk ‘ Gerak Kerja Penerangan UMNO Malaysia’? Cetakkan setebal 20 halaman ini sudah cukup untuk membuktikan bahawa beliau adalah seorang Ketua Penerangan UMNO yang baik dan berkesan, tetapi bukan untuk abad ini, tetapi untuk masa lampau sekitar tahun 50an.
Membaca cetakkan berkenaan membuatkan saya berfikir siapakah yang akan membaca cetakkan ini dan apakah ini tahap pemikiran ahli-ahli UMNO pada abad ini? Saya catatkan sepenuhnya muka surat-muka surat berkenaan klik disini braveheart
Sampai bilakah kepimpinan UBN Perak akan sedar akan pengaruh bloggers-bloggers ini, perlu diingat bahawa kekuatan bloggers adalah pada kesepakatan berkumpulan seperti Bloggers Network Perak dan bukan hanya bergantung kepada seorang atau dua bloggers yang dilihat kuat hanya BERPANDUKAN KEPADA HITS BLOG SERTA PENULISAN YANG EKSTRIM DAN CENDERUNG UNTUK MEMAKI HAMUN. Kita harus berpijak di bumi yang nyata, di mana rasionalnya untuk hanya mendengar kenyataan yang palsu dan manis dan cuba untuk menidakkan kenyataan yang benar dan pahit.
Harus diingat, LANGIT TIDAK SELALUNYA CERAH, tiba tika dan saatnya khidmat BLOGGERS yang ikhlas berjuang ini diperlukan juga. Bukan hanya seorang atau dua tapi percayalah...Lebih dari bilangan bloggers yang ada ketika ini. Tika itu juga, semuanya akan menjadi sia-sia apabila hati bloggers-bloggers ini telah terguris. Bak kata pepatah, LIDI KALAU SEBATANG BOLEH DIPATAHKAN, JIKA SEGENGGAM MEMANG SUKAR UNTUK DIPATAHKAN. Adakah hanya ketika waktu itu, baru pemimpin UBN Perak akan sedar akan keperluan terhadap sekumpulan bloggers dan bukan kepada seorang atau dua!Selanjutnya>>
No comments:
Post a Comment