Semua orang tahu penulis blog Rumah PK sememangnya tidak sebulu dengan Khairy Jamaluddin bukan kerana dia benar benar tahu siapa KJ dan bukan dia kenal KJ secara peribadi dan dekat. Mungkin dia terasa bahawa ramai orang sudah tahu bahawa dia sahaja yang nampak Pemuda UMNO buruk dan dia sahaja yang mahukan KJ letak jawatan, siang siang lagi dia cuba cover diri dengan copy and paste dan spin story blogger lain. Mana maruah kau sebagai seorang penulis Salim?
Kata si Parpu Kari, dia hanya Master copy and paste. Dia tidak kesah kena kutuk. Tetapi semakin hari semakin ramai yang sudah membenci, mengutuk beliau dan jika blog yang menjadi aset beliau tidak ada kredibiliti, menabur fitnah terhadap Ketua Pergerakan Pemuda Umno Malaysia.
Rata-rata bloggers Pro Umno merasakan kini bahawa Parpu Kari merupakan libiliti dalam blogger Pro Umno. Kepercayaan mereka kepada setiap apa yang parpu kari tuliskan telah tiada, malahan yang banyak berkunjung ke blog Rumah PK hanyalah untuk melihat sejauh mana kebodohan beliau.
Hello bro ini bukan masa untuk memecah belahkan perpaduan dalam Umno! Kita dah kesuntukan masa untuk menghadapi PRU yang akan datang. Kalau nak menang kita buat cara nak menang! Tapi apa Parpu Kari peduli, kalau umno nak hancur hancurlah yang penting duit poket dia penuh!
Sebenarnya suara parpu kari, bukanlah suara akar umbi, suara beliau adalah suara individu yang mencuri dan mencilok berita berita dari laman lain untuk menjadi popular dan mencilok karya karya lakaran karkator orang lain. Kerja macam Parpu kari ini mudah saja, curi story orang, curi karikator orang dan yang bertanggung jawab adalah orang lain, dia senang senang tuai hasil.
Selain dari itu si kitol Kari and the geng juga sering membuat lawak bodoh… Lawak gile tahap cipan beb!!! Bila Parpu Kari and the geng cuba menghasut pembaca yang kononnya penyokong KJ semuanya menyokong Anwar Ibrahim dan benci PM. Ini perang saraf klass bawahan Parpu Kari yang tidak laku, perang saraf yang dah basi. Kalaulah penyokong KJ sokong Anwar sudah lamalah penyokong KJ tulis dan memberi sokongan kepada Anwar. Dan jangan ingat penyokong KJ dua tiga kerat saja!
KJ sudah membuktikan bahawa beliau akur kepada pemimpin, walaupun sebagai orang yang layak untuk memegang jawatan dalam kabinet jawatan beliau tetapi beliau masih akur dan menyeru kepada penyokong beliau agar menerima keputusan Perdana Menteri dan betulkan, rapatkan saf demi bangsa dan parti.
Kepada si kitol aka Parpu Kari and the geng yang membuat cubaan memfitnah Ketua Pergerakan Pemuda Umno Malaysia ini. Anda gagal. Tolong faham ini. Pemuda tidak mahu anda ganggu mereka. Pemuda sudah ada pemimpin yang sah dari pertandingan yang sah. Pemuda tidak mahu rampasan kuasa ala ala Anwar Ibrahim. Kalau mahu lakukan juga, joinlah Anwar Ibrahim. Pemuda buka dayus. Keputusan telah dibuat dan mereka telah tentukan siapa pemimpin mereka.
Kepatuhan Khalid Al-Walid, panglima tentera terhebat sepanjang zaman. Sebagaimana yang berlaku kepada Panglima Islam, Khalid al-Walid r,a, yang telah dilucutkan jawatannya oleh Khalifah Umar r,a, menjadi tentera biasa yang tiada berjawatan. Beliau tidak cepat melatah dengan tindakkan yang drastik itu, malah semangat beliau bertambah berkobar-kobar untuk terus berjuang.
2 comments:
10SBH nak tambah..
Sumber boleh dipercayai 10SBH, sebab utama si kitol ni dengki wal benci wal busuk hati pada KJ adalah kerana KJ pernah menolak UGUTAN si kitol ni utk bayar perkhidmatan blognya sebanyak 50k.Ada akal?
Parpukari ini tajaan pelbagai pihak. Dan walaupun Mukhriz menafikan parpukari ini tajaan beliau,si kitol ni terkinja-kinja untuk masuk kedah melalui seorang kenalan bloggers nya. Dia yakin kerana sedangkan Kerajaan Perak pun mampu diperdaya,inikan Kedah.Kerajaan Pas je. Kononnya, sebab dia anti-KJ dan mudah baginya utk UGUT Mukhriz byr perkhidmatannya.
Jika kita ingat bagaimana Nizar yang pernah membuat sidang dewan negeri Pasir dua butir d bawah pokok kerana tidak lagi menjadi Menteri Besar Perak, beginilah juga penyokong Mukhriz yang kini diketuai oleh memanda menteri mereka Parpukari yang cuba membuat satu kuasa Pergerakan Pemuda UMNO HARAM yang yang dirancang oleh God Father si Parpukari Husein Lempoyan. Belaci mereka, khadam mereka si Sing is Kinng. Mereka kini cuba mempengaruhi Pemuda UMNO untuk menyokong mereka dan cuba mengucar kacirkan Pemuda UMNO dengan campur tangan dari luaran.
Post a Comment