Jika takut dilambung ombak, jangan berlayar tengah lautan. Siapa makan cili dia terasa pedaskan.. Kata orang terlajak perahu boleh diundur, terlajak kata hati manusia yang terluka. Tak sangka pula, kerana terasa tertekan dikritik; pemilik laman blog House PK atau Rumah PK mengeluarkan perkataan berbaur ugutan terhadap penyokong KJ.
Kata PK “hentikanlah fitnah kamu, kelak ianya akan memakan diri” ayat ni aku petik dari laman blog Rumah PK.
Fuh!!! KELAK MEMAKAN DIRI!!! Apa maksud PK ni? PK nak ugut penyokong KJ? inilah namanya samseng kampung jalanan!
Kalau kita melihat perangai PK ni, ala ala Sarip Dol samseng Kampung Dusun... Sedangkan dialah yang memulakan segala-galanya, dialah yang bermula bermain dengan api dan apabila api itu tak dapat dipadam kerana provokasinya, dia nak persalahkan penyokong dan blogger pro KJ pula.
Manusia macam PK ini memang angkuh, memang ingat dia selalu betul dan dia tahu segala-galanya. Tapi dia tak sedar, dialah Raja fitnah yang sebenarnya!
Pelbagai tuduhan dan fitnah dilemparkannya terhadap Ketua Pergerakan Pemuda Umno Malaysia, YB Khairy Jamaluddin menerusi laman blog House PK, http://www.parpukari.blogspot.com/. Ianya merupakan satu tuduhan liar, gila serta berniat jahat.
PK di cabar dalam tempoh 24 jam untuk mengemukakan bukti yang mendakwa YB Khairy Jamaluddin mempunyai rangkaian dengan Ketua Pembangkang, DS Anwar Ibrahim seperti apa yang diwar warkan menerusi laman blog House PK.
Sekiranya beliau gagal memberi sebarang bukti terhadap tuduhan tersebut, rakyat Malaysia, pelayar pelayar laman web dan rakan rakan blogger bolehlah menganggap PK seorang penipu yang sudah hilang segala kewarasan serta ketandusan modal. Ia adalah satu fitnah yang membuktikan beliau seorang penipu dan pengecut!.
Hentikan provokasi serta tuduhan liar, gila dan berniat jahat itu, kerana ianya menyebabkan seluruh penyokong dan ahli Pergerakan Pemuda Umno Malaysia hilang kesabaran dengan kamu PK.
Ukurlah baju dibadan sendiri dan cerminlah muka kau yang hitam tu dulu sebelum nak mengata atau mengugut orang.
3 comments:
Salam bro
Klu nak tahu cerita sebenarnya.. Org Perak dah tak tahan dengan perangai siParpu ni. Hari2, Pagi petang dia dok mintak duit. Toki babi pun boleh bankrap kalau macam ni..
Ini cerita terkini. Yang baru berlaku di siang hari. Parpukari sudah menunjukkan belangnya bilamana mempertikaikan Hanafiah Man dalam pengagihan kuasa di Perak :
http://syilingperak.blogspot.com/2010/03/parpukari-vs-hanafiah-man.html
salam.saudaraku jebat,kalau tiada angin masakan pokok bergoyang.bangkai gajah tak dpt ditutup dgn nyiru.tak tumbuh tak akan melata,jika tak sungguh,org tak kata.jika bigbos jebat dijalan yg benar,tuhan akan tunjukkan.tak perlu seranganbalas balik pun.bila datang yg hak maka luputlah yg bathil.sabar....
Post a Comment