Thursday, March 11, 2010

Pesanan Untuk Nizam Kicap




Oleh pejuang///


Pejuang/// terlebih dahulu mengucapkan tahniah ke atas usaha bro sekupangduas mengumpul sahabat-sahabat bloggers Perak dan berdailog bersama En. Nizam Setiausaha Akhbar kepada YAB Menteri Besar Perak dan En. Hanafiah Man dari Agenda Daily.

Pejuang/// sememangnya ada mendapat jemputan tersebut, namun atas sebab-sebab yang tidak dapat dielakkan maka pejuang/// gagal menghadirkan diri. Maaf bro sekupangduas.

Siang tadi pejuang/// bertemu dan lunch bersama blogger Kamunting Central, banyak di sembangkan termasuklah berkenaan majlis semalam di Restoran Laksamana Ching Ho, Ipoh. Kehadiran hebat juga dalam 11 ke 15 orang bloggers yang hadir. Itu belum di kira dengan bloggers yang tidak dapat hadir seperti pejuang///.

Pejuang/// bertanya adakah majlis semalam berjaya mencapai sasaran seperti yang diharapkan? Kata blogger ni TIDAK. Kenapa pula tidak? Kehadiran En. Nizam dan En. Hanafiah sepatutnya boleh menyelesaikan segala kekusutan yang ada. Rupanya ada cerita disebaliknya...

Kata sahabat pejuang///, ada tetamu yang tidak diundang hadir sama. Lucu bukan, tapi siapa yang dimaksudkan tu? Blogger jugakah dia?

Bila ditanya akhirnya pejuang/// tahu siapa yang dimaksudkan oleh blogger Kamunting Central. Tapi bila di tanya pula kepada sahabat yang lain, pejuang/// tidak pula menyalahkan si bloggers yang hadir tanpa diundang. Ini kerana beliau hadir atas jemputan juga, tapi dijemput oleh seseorang yang juga hadir atas jemputan bukan oleh penganjur. Itu bukan soalnya, tapi yang membuat bloggers lain marah dah geram adalah kerana sikap si blogger yang tidak diundang oleh penganjur yang seolah-olah mendabik dada berbangga dengan diri seperti sahabat baiknya si parpukari.



Apa yang boleh disimpulkan dari cerita di atas? Kalian fikirlah sendiri.................

Kepada En Nizam.., jelas sekarang yang parpukari adalah liabiliti kepada UMNO Perak. Masih belum terlambat untuk UMNO Perak sedar dan bangkit dari kesilapan yang lalu. Satukan lah kami atas nama BLOGGERS ANAK PERAK.




3 comments:

Anonymous said...

salam, aku xpuas hati la ko letak pejuang ///, ko diam2 sudah la...nape nak letak nama nie? ko ingat ko sorang je ker? lagi satu kan...mamak ke melayu ke selagi dia Islam jgn la ko isukan hal2 mamak nie..ko tau bape ramai mamak dalam umno? bape ramai mamak sokong umno/bn? apa hal kejadah serangan ko kat parpukari kena mengena dgn mamak? ko tau apa maksud mamak x? ko jgn buat hal...cakap pejuang /// tapi mamak ko kutuk ko ni betul ke pejuang ///, kalau betul pejuang /// satu pun jgn ditinggal..balik buka kitab muktabar belajar balik, ingatan dan nasihat kepada ko sbg org Islam dr aku

jebat berkokok said...

salam sedara senama...apa perlu dikecohkan pasal parpukari?apa perlu dihebahkan kepada umum tentang apa yang bloggers Perak buat? buat kerja biarlah terselindung dan tak perlu dihebahkan pada umum..kalau saudara menulis..parpu juga menulis..masing-masing punya pandangan dan teguran..saudara juga boleh memberi pandangan dan teguran..jangan hanya hendak menjadi kolonel asas perjuangan hendak ditinggalkan...moga Jebat di zaman baru ni akan lebih menghormati rakan2 seperjuangan

Hang horatio said...

///???...???...???...cari jalan untuk megeratkan silaturahim lagi baik..itu bru perjuangan umno sebenar...